BM
|
EN
Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah melancarkan eZakat.
eZakat adalah platform pembayaran Zakat Fitrah secara dalam talian sepanjang bulan Ramadhan 1442H/2021M. Platform ini adalah sebagai alternatif tambahan kepada kaedah konvensional melalui amil.
Sebagaimana jua ketetapan Fatwa Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam melalui siri Fatwa (16/2020) Bil.24-1/2/5Ej(2) bertarikh 18 Syawal 1441 bersamaan 10 Jun 2020 menyatakan bahawa “pembayaran zakat harta dan zakat fitrah secara dalam talian adalah harus dan sah kerana ia memenuhi tatacara yang ditetapkan oleh syara' dalam pembayaran zakat”.
Pelancaran eZakat adalah sebahagian daripada inisiatif DST bagi menyokong Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 Negara Brunei Darussalam untuk mempromosikan lagi serta meningkatkan kesedaran e-perkhidmatan secara berkesan kepada orang ramai.
Untuk keterangan lanjut mengenai eZakat, sila layari Informasi dan 'FAQ'.